![]() |
| KEMPEN 24 (16 DEC 2012 - 15 JAN 2013) |
![]() |
| KEMPEN 23 ( 1 -31 DEC 2012) |
Tatkala
mengandung, akan berlaku perubahan pada saiz dan bentuk payudara
seseorang. Ini kerana sewaktu mengandung buah dada membina tisu-tisu
yang lebih banyak untuk memuatkan kelenjar-kelenjar susu.
Terdapat
pelbagai jenis baju dalam untuk wanita-wanita mengandung atau yang
sedang menyusukan, dan memilih satu yang sesuai untuk anda boleh jadi
sukar. Pemakaian bra semasa mengandung atau menyusukan adalah pilihan
peribadi seseorang. Walau bagaimanapun, memakai bra yang memberi
sokongan boleh mengurangkan penarikan tisu yang boleh menyebabkan buah
dada menjadi kendur. Wanita yang mempunyai buah dada yang besar secara
amnya akan berasa lebih selesa memakai bra.
S: Bila harus saya memakainya?
Masa
yang sesuai untuk memakai bra mengandung adalah berbeza dari seorang
wanita ke wanita yang lain dan tidak ada masa yang tetap bagi setiap
orang. Buah dada akan mula bersedia menghasilkan susu pada awal
kandungan dan bagi sesetengah wanita, buah dada mereka akan membesar
lebih awal daripada wanita yang lain. Secara amnya, perubahan akan
berlaku sekitar empat bulan (16 minggu kandungan) dan inilah masanya
mencari bra mengandung, jika belum mula memakainya.
S: Benarkah saya tidak boleh menggunakan bra berdawai?
Ramai
wanita suka memakai bra berdawai, dan mereka keliru apabila diberitahu bra sebegini tidak digalakkan dipakai ketika mengandung atau semasa
menyusukan. Sebabnya, sekali lagi, ianya kerana bentuk buah dada anda
sedang berubah. Semasa menyusukan anak, saiz buah dada boleh bertambah
atau berkurangan pada waktu siang, kerana susu sedang dihasilkan dan
dikeluarkan.
Pengumpulan
cecair pada akhir kandungan juga boleh menyebabkan buah dada
membengkak. Walaupun sedikit sahaja perubahan saiz berlaku, bra
berdawai yang keras boleh menekan buah dada yang sedang membesar.
Tekanan ini boleh menyebabkan saluran susu atau mastitis tersekat dan
oleh seba itu bra berdawai yang tidak fleksibel tidak disyorkan. Walau
bagaimanapun, sekarang terdapat bra penyusuan yang mempunyai sokongan
plastik yang fleksibel yang hampir sama dengan dawai. Ia direka untuk
mengembang dan bertukar kedudukan, sejajar dengan perubahan bentuk buah
dada.
S: Perlukah beli bra yang berasingan untuk penyusuan?
Bra yang direka untuk wanita mengandung juga boleh digunakan oleh wanita
yang menyusukan. bra mengandung dan bra menyusukan sebenarnya adalah
sama. Semasa mencuba jenis-jenis yang berlainan, jangan lupa buka dan
tutup cawannya. Kebanyakan bra boleh dibuka untuk menyusukan dan
sesetengahnya lebih mudah digunakan daripada yang lain. Carilah bra
yang boleh dibuka keseluruhan cawannya, berbanding dengan jenis "pintu
bumbung" yang boleh menekan buah dada semasa penyusuan. Ada juga jenis bra yang mempunyai kancing dihadapan dan bahu.
S: Perlukah saya memakai bra semasa tidur?
Sama
ada memakai bra atau tidak semasa tidur, ia adalah pilihan individu.
Ada wanita yang merasakan mereka memerlukan sokongan sepanjang masa, ada
pula yang tidak selesa memakai bra. bra malam yang khas boleh
didapati, atau anda boleh juga memakai bra yang terbuka di hadapan atau bra lembut yang lain.
S: Bagaimana menjaganya?
Dapatkan
sekurang-kurangnya dua atau tiga pasang bra. Memandangkan susu anda
kadangkala meleleh, anda perlu menukar bra lebih kerap daripada biasa. Bra seharusnya dibasuh dengan tangan dan dengan sedikit sabun. Anda
tidak perlu merendamnya dalam peluntur atau cecair berubat kerana ini
akan melemahkan fabrik dan boleh menyebabkan kegatalan kulit. Jika anda
menjaga bra dengan baik, ia boleh bertahan sepanjang anda mengandung
dan beberapa bulan selepas itu.




No comments:
Post a Comment